Kami menyediakan sate ayam, daging, kambing dan perut yang juicy, lembut, dan kaya dengan rempah ratus asli.
Faris Sate adalah syarikat F&B yang berdedikasi untuk menyajikan keenakan sate asli warisan. Kami pakar dalam membekalkan produk sate mentah dan masak, serta menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Kini beroperasi dengan 3 outlet dan 16 kawasan perniagaan di tapak pasar malam, kami komited untuk memastikan setiap cucuk sate yang dihidangkan—sama ada Ayam, Daging, Kambing, atau Perut—mempunyai rasa perapan yang memikat selera.
Sate kami diperap menggunakan rempah ratus terpilih dan segar. Tekstur daging yang lembut dan juicy pasti memuaskan hati anda.
Kami menerima tempahan katering untuk majlis keraian, korporat, dan rumah terbuka. Juga membekal sate mentah (frozen) untuk BBQ.
Malas keluar? Kami menyediakan khidmat penghantaran terus ke pintu rumah anda melalui Lalamove atau GrabExpress.
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Lihat apa kata mereka yang sudah mencuba Faris Sate.
"Sate paling sedap di area ni! Kuah kacang pekat dan tak pedas sangat, sesuai untuk anak-anak. Daging pun lembut je."
Pelanggan Tetap
"Service laju, packaging kemas. Order untuk jamuan ofis, sampai-sampai masih panas lagi. Recommended!"
Tempahan Korporat
"First time cuba sate perut dia, memang padu! Tak liat langsung. Next time nak try set kambing pula."
Foodie